Program Sentuhan Kasih Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Ke Pulau Ketam, Selangor

YBhg. Dato' KP JKT telah mengiringi YB Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) ke Pulau Ketam pada 14 Julai 2023 bagi melawat pelaksanaan dan cadangan projek baharu di kawasan tersebut. Turut hadir bersama adalah Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang.

Antara projek yang dilawati adalah seperti berikut:

  1. Lawatan ke Balai Bomba Sukarela Pulau Ketam,
  2. Lawatan Projek Baik Pulih dan Naiktaraf Jambatan No.1 Menuju Ke Seberang Sungai dan Bagan Teow Chew; dan
  3. Projek Pemasangan Lampu Jalan Jenis Solar LED di Kampung Baru di Balai Raya MPKK.

#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi
#MalaysiaMadani

image

image

image

image

image

image

Tarikh