YB Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri KPKT telah mempengerusikan sesi Taklimat Korporat Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) yang turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Saidatu Akhma binti Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Persekitaran Mampan) KPKT, YBhg. Dato' Haji Noor-Ihsan bin Haji Che Mat, Ketua Pengarah JKT, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah Bahagian dan Ketua Unit JKT pada 18 Januari 2023.
Sesi ini bertujuan memberi kefahaman lebih lanjut berkenaan fungsi yang dimainkan oleh JKT dalam menyediakan kepakaran dan khidmat nasihat kepada PBT bagi tujuan perancangan dan pelaksanaan program pembangunan sosio-ekonomi selaras dengan hala tuju negara.
#DemiPertiwi
#UnityInDiversity
#StrongerTogether
#JKT
#PBTPerkasaRakyatSejahtera