Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) Bil. 3/2023 Zon Utara

YBhg. Dato' Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah JKT telah merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) Bil. 3/2023 Bagi Zon Utara pada 27 September 2023 (Rabu) anjuran bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Mesyuarat ini dihadiri oleh SUK Negeri, Datuk Bandar/Yang Dipertua, Setiausaha dan Pegawai Kanan PBT dari Negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis.

Mesyuarat JPPBT merupakan platform kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyampaikan keputusan Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) berhubung tindakan Kerajaan Negeri dan PBT, di samping membincangkan cadangan polisi/ inisiatif baharu untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan PBT.

Sebanyak lima (5) kertas pembentangan telah dibentangkan oleh KPKT, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).

#MalaysiaMadani
#StrongerTogether
#DemiPertiwi
#UnityInDiversity

image

image

image

image

Tarikh