Bahagian Inspektorat
SEKSYEN PEMANTAUAN PELAKSANAAN DASAR
- Memantau pelaksanaan dasar-dasar berkaitan PBT.
- Memberi khidmat nasihat berkaitan fungsi dan peranan PBT.
- Menyelaras penggunaan Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam.
- Menyelaras semua maklum balas berkaitan Mesyuarat Utama KPKT/Agensi luar yang melibatkan JKT.
- Menyelaras dan menyediakan jawapan bagi soalan Parlimen berkaitan JKT.
- Penyelarasan bagi perkara melibatkan objektif kualiti dan piagam pelanggan serta intipati kenyataan Media KPKT/JKT.
- Menyelaras KPI/SKT Bahagian.
SEKSYEN PERKHIDMATAN PERBANDARAN DAN ADUAN
- Menyelaras aduan-aduan berhubung fungsi dan peranan PBT.
- Menyediakan laporan tahunan aduan berkaitan PBT.
- Mengemukakan syor penambahbaikan pengurusan aduan berkaitan PBT.
- Menyelaras perkhidmatan perbandaran melibatkan penguatkuasaan dan pemantauan oleh PBT.
- Menyelaras data-data utama PBT.
SEKSYEN INSPEKTORAT
- Merancang dan memantau pelaksanaan Sistem Penarafan Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT).
- Menyediakan laporan SPB-PBT untuk pemakluman keputusan di dalam Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT).
- Merancang dan melaksanakan Inspektorat Khas berdasarkan arahan semasa.
Bahagian ini juga bertanggungjawab menyelaras dan memantau peranan dan fungsi Pihak Berkuasa Tempatan berdasarkan peruntukan undang-undang seperti berikut:
1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
2. Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
3. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
4. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
5. Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663)
6. Akta Makanan 1983 (Akta 281)
7. Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154)
8. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
9. Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 (Akta 302)
10. Akta Peniaga Sekendhend 1946 (Akta 189)
11. Akta Kawalan Sewa (Pemansuhan) 1997 (Akta 572)
12. Akta Eksais 1976 (Akta 176)
11. Akta Hakcipta 1987 (Akta 332)
14. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Akta 127)
15. Undang-Undang Kecil berkaitan Kerajaan Tempatan