Bahagian Pembangunan
Menyelaras penyediaan bajet pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMK) bagi semua program dan projek pembangunan JKT.
Menyelaras dan menyediakan bajet pembangunan bagi JKT setiap tahun.
Menyediakan bajet pembangunan setiap tahun bagi semua PBT.
Merancang dan melaksanakan usaha-usaha bagi memperkukuhkan prestasi kewangan PBT dan membantu PBT mempelbagaikan sumber-sumber kewangan mereka.
Menyediakan garis panduan peraturan kewangan kepada PBT.
Merancang dan melaksanakan dasar pemberian kewangan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri/PBT.
Pengagihan peruntukan geran tahunan kepada PBT.
Pengagihan peruntukan Sumbangan Membantu Kadar kepada PBT.
Mengumpul dan menganalisis maklumat penyata-penyata kewangan PBT.
Pemantauan perjalanan dan keberkesanan pelaksanaan projek di peringkat negeri dan PBT.
Menyelaras dan mengumpul data dan maklumbalas pelaksanaan projek.
Menyediakan laporan prestasi SPPII, laporan bulanan, laporan tahunan, laporan prestasi Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMK) di samping menyediakan laporan yang diperlukan agensi pusat.
Mengemaskinikan pengkalan data mengenai prestasi fizikal dan kewangan projek dalam SPPII dan Helpdesk Jabatan.
Memastikan PBT melaksanakan projek berdasarkan kepada pekeliling/garis panduan yang telah dikeluarkan.
Mengadakan Mesyuarat Pemantauan sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk memantau pelaksanaan projek mengikut perancangan dan skop yang telah ditetapkan.
Menjalankan Kajian Impak bagi projek-projek yang telah dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan dan matlamat projek tercapai kepada golongan sasaran.
AKTIVITI UTAMA BAHAGIAN
BP1 - Projek-projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Projek-projek yang dilaksanakan merupakan projek-projek people-centric mengikut skop seperti berikut:
i) Projek Infrastruktur - Komponen projek yang terlibat adalah seperti membina dan menaiktaraf parit dan longkang, jalan, laluan pejalan kaki dan lampu jalan.
ii) Projek Kemudahan Awam - Komponen projek yang terlibat adalah seperti membina dan manaiktaraf dewan serbaguna, kemudahan sukan dan rekreasi, pondok bas dan tandas awam.
iii) Projek Sosioekonomi - Komponen projek yang terlibat adalah seperti membina dan menaiktaraf premis perniagaan, pasar, bazar dan gerai makan.
GERAN TAHUNAN
SUMBANGAN MEMBANTU KADAR (SMK)
Sumbangan Membantu Kadar (SMK) adalah sumbangan bagi membantu kadar di bawah Artikel 156 Perlembagaan Persekutuan mengenai kawasan-kawasan Penguasa Tempatan dan yang diduduki oleh Kementerian dan Jabatan Kerajaan Persekutuan. bangunan-bangunan Kerajaan Persekutuan yang dimaksudkan termasuk bangunan-bangunan yang diduduki oleh Angkatan Bersenjata tetapi tidak termasuk bangunan-bangunan yang dipunyai dan diduduki oleh :
- Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri
- Keretapi Tanah Melayu
- Badan-badan Berkanun
Tatacara tuntutan bagi SMK adalah berdasarkan Surat Pekeliling KPKT(01)77/5 bertarikh 15 Januari 1986 dan KPKT(02)(C)/143/2Jld2(56) bertarikh 1 Julai 1989.