Unit Integriti

OBJEKTIF UNIT INTEGRITI
  1. Merancang, menyelaras dan menguruskan hal-hal berkiatan kelakuan dan tatatertib serta kod tatasusila berdasarkan prinsip integrity dan akauntabiliti.

  2. Mewujudkan budaya kerja unggul dengan ciri -ciri moral dan etika yang kukuh serta berintegriti.

  3. Memperkukuhkan kecekapan dan keberkesanan mekanisme saluran aduan dalaman dan meningkatkan penghayatan dan mengukuhkan etika kerja serta integriti.

  4. Memantapkan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
FUNGSI UNIT INTEGRITI

Tadbir Urus

Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.

Pengukuhan Integriti

Pengukuhan Integriti Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.

Pengesanan dan Pengesahan

   i. Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan

   ii. Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.

Pengurusan Adunan

Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.

Pematuhan

Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.

Tatatertib

Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

AKTIVITI FUNGSI UNIT INTEGRITI
  1. Menyediakan perancangan program latihan bagi pengukuhan integriti warga JKT.
  2. Menjalankan program latihan bagi pengukuhan integriti warga JKT.
  3. Menyediakan input, mencetak, menerbit dan mengedarkan berkenaan bahan-bahan promosi berkaitan integriti bagi warga JKT.
  4. Pengurusan Aduan berkaitan integriti warga JKT.
  5. Naziran Integriti
  6. Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU)
  7. Menyediakan Laporan Unit Integriti Agensi kepada Unit Integriti Kementerian Kesejahteraan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi peringkat KPKT.
  8. Menjalankan tindakan pengesanan dan pengesahan.
  9. Menguruskan Tindakan Tatatertib :
    1. Dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat (untuk pegawai dari kumpulan sokongn No. 1)
    2. Bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat (untuk pegawai dari kumpulan sokongan No.2)
    3. Menguruskan Tindakan Tatatertib bagi Kumpulan Pengurusan Profesional Gred 41 hingga 44.
    4. Menguruskan Tindakan Tatatertib bagi Kumpulan Pengurusan Profesional Gred 48 dan ke atas.