Perkhidmatan

  1. Menguruskan bantuan kewangan kepada PBT termasuk pemberian peruntukan untuk projek-projek pembangunan serta geran- geran tahunan tertentu.
  1. Menyediakan dasar dan garis panduan serta khidmat nasihat kepada PBT berkaitan dengan keselamatan dan kestabilan bangunan.
  1. Melaksanakan program berkaitan dengan kebersihan persekitaran dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti kesihatan awam yang berkaitan dengan PBT.
  1. Menggubal undang-undang, dasar serta pekeliling berkaitan dengan keputusan jemaah menteri dan MNKT untuk diterimapakai oleh PBT secara seragam.
  1. Mengintegrasikan kampung-kampung baru dalam rancangan pembangunan bagi mencerminkan perpaduan rakyat melalui penyediaan kemudahan infrastruktur dan sosio- ekonomi.
  1. Menyelaraskan program yang dilaksanakan oleh JKT serta menyediakan sistem maklumat berkomputer mengenai kerajaan tempatan.