- Laman Utama
-
MENGENAI JKT
- Pengenalan
- Info JKT
-
Bahagian
- Bahagian Khidmat Pengurusan
- Bahagian Pembangunan
- Bahagian Pemantauan Pelaksanaan Dasar Kerajaan Tempatan
- Bahagian Pengurusan Maklumat
- Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran
- Bahagian Perunding Kawalan Pemajuan
- Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum
- Bahagian Perunding Kejuruteraan Awam
- Unit Integriti
- SUK & PBT
- PERKHIDMATAN
- PUSAT SUMBER
- SOALAN LAZIM
- HUBUNGI KAMI
Pengenalan
PENGENALAN
Pelaksanaan Sistem Penggredan (Star Rating) Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT) adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Melalui sistem ini, semua PBT dijangka akan lebih bertanggungjawab dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan lebih efisien dan berkualiti. SSR-PBT ini juga akan dapat mengurangkan tohmahan masyarakat terhadap PBT, justeru meningkatkan imej PBT. Di samping itu, SSR-PBT diharap dapat membantu PBT meneruskan lagi kesinambungan prestasi yang cemerlang pada masa akan datang.
LATAR BELAKANG
Mesyuarat MNKT Ke - 52 pada 11 Oktober 2004 yang menimbangkan 64 Langkah Penambahbaikan di PBT telah memutuskan supaya Sistem Penggredan PBT diwujudkan bagi menilai tahap prestasi PBT. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan pada 1 Disember 2006 yang dipengerusikan oleh YAB. Perdana Menteri menyarankan supaya Sistem Penggredan diperkenalkan semula seperti yang pernah dilaksanakan pada tahun 1983 mengenai Surat Pekeliling Usaha - usaha Memajukan Pentadbiran Awam.
YB. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam Mesyuarat Perbincangan Bajet Tahun 2007 dan Penyediaan Bajet 2008/2009 pada 6-8 Disember 2006 telah mengarahkan supaya satu Sistem Penggredan atau rating PBT disediakan segera sebagaimana yang dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) terhadap semua Kementerian.
OBJEKTIF
SSR-PBT ini disediakan adalah untuk menangani kelemahan - kelemahan serta isu - isu yang dihadapi oleh PBT seperti yang disebutkan sebelum ini. Oleh kerana itu, SSR-PBT diharapkan dapat :
- Menilai tahap pencapaian penyampaian perkhidmatan PBT;
- Meletakkan PBT pada tahap kedudukan yang sesuai mengikut ranking agar PBT dapat meningkatkan daya saing (competitiveness) masing - masing;
- Mengemaskini ciri - ciri PBT yang berprestasi tinggi supaya mereka sentiasa menjaga dan memlihara tahap kecekapan dan keberkesanan organisasi.
KRITERIA
Sistem penggredan digunakan untuk menggredkan setiap penyampaian perkhidmatan yang disampaikan oleh PBT. Penggredan tersebut berdasarkan keatas empat (4) kriteria seperti berikut :
- Pengurusan (30%)
- Perkhidmatan - Perkhidmatan Teras (35%)
- Pengurusan Pelanggan (15%)
- Penyertaan Komuniti DanPandangan Penduduk
- Penglibatan Komuniti ( 10%)
- Pandangan Penduduk - Soal Selidik ( 10%)
Kriteria - kriteria ini mempunyai angkubah - angkubah (variables) yang tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa. Penggredan ini juga mengambil kira pandangan dan penilaian penduduk sebagai pengguna perkhidmatan dan pembayar cukai.

