Jata Transparent

PERBINCANGAN INTEGRASI SISTEM E-TANAH PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI DENGAN SISTEM OSC 3.0 PLUS

Tarikh Diterbitkan: 12 Jun 2026

5 JUN 2026 | Bilik Mesyuarat  Aras 26, Jabatan Kerajaan Tempatan

Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) melalui Bahagian Perunding Kawalan Pemajuan (BPKM) telah mengadakan satu sesi perbincangan berkenaan Integrasi Sistem e-Tanah di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri dengan Sistem OSC 3.0 Plus Online. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Arkitek Mohamad Nazli bin Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Perundingan dan Perundangan), JKT. Perbincangan ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada JKT, pihak Vendor Penyenggaraan Sistem OSC 3.0 Plus Online, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (JKPTG), Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak dan Vendor Sistem e-Tanah.

 

Perbincangan ini diadakan adalah bertujuan untuk mendapatkan penerangan lanjut daripada pihak JKPTG yang menerima permohonan dari PTG Negeri Perak yang berhasrat untuk integrasi Sistem e-Tanah dengan Sistem OSC 3.0 Plus Online.

 

Selain itu, sesi perbincangan ini juga bertujuan untuk mendapatkan input teknikal, pandangan, cadangan serta penjelasan yang lebih jelas bagi proses untuk integrasi sistem di JKT.

 

Kerjasama dan input yang diberikan amat penting bagi memastikan integrasi sistem yang hendak dilaksanakan adalah praktikal dan bersesuaian dengan keperluan serta berupaya membantu mempercepatkan proses permohonan pembangunan pada masa hadapan.

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
139
Capaian Hari Ini
263
Keseluruhan Pelawat
215572
Kemaskini Terakhir Pada: 

13 Nov 2026 - 15:35:55

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

Polisi Privasi dan Keselamatan

magnifier
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content