Seksyen Pemantauan Pelaksanaan Dasar Bertanggungjawab memantau pelaksanaan dasar-dasar yang ditetapkan oleh Kementerian di peringkat PBT. Menyediakan kertas cadangan penambahbaikan dasar dan garis panduan berkaitan PBT. Memberi khidmat nasihat berkaitan fungsi dan peranan PBT. Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) bagi menyampaikan keputusan dasar oleh KPKT dan Mesyuarat Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT). Menyelaras dan menyediakan ulasan Memorandum Jemaah Menteri, Nota Intervensi, Parlimen dan Mesyuarat Utama Kementerian berkaitan JKT. Memantau dan menyediakan laporan pelaksanaan Pelan Strategik JKT. Menyelaras laporan Pencapaian Objektif Kualiti dan Pencapaian Piagam Pelanggan JKT. |
Seksyen Perkhidmatan Perbandaran dan Aduan Menyelaras aduan-aduan berhubung fungsi dan peranan PBT. Menyediakan laporan tahunan aduan berkaitan PBT. Menyediakan kertas cadangan penambahbaikan pengurusan aduan berkaitan PBT. Menyelaras perkhidmatan perbandaran di PBT. Menyediakan laporan tahunan berkaitan perkhidmatan perbandaran di PBT. Menyediakan kertas cadangan penambahbaikan perkhidmatan perbandaran di PBT. |
Seksyen Inspektorat Merancang, melaksana, memantau dan menambah baik Sistem Penarafan Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) dan memaklumkan keputusan SPB-PBT dalam Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT). Menyediakan laporan SPB-PBT kepada agensi yang berkaitan. Merancang dan melaksanakan Inspektorat Khas. |
© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768