| Merancang, mengurus dan menilai aktiviti kesihatan persekitaran yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), meliputi Kawalan Stesen Cegah Jangkit, Kawalan Penyakit dan Vektor, Kawalan Pusat Penyembelihan, Pasar dan Pengurusan Haiwan Terbiar serta Kawalan Keselamatan Makanan termasuk mengagihkan peruntukan kewangan bagi pelaksanaan program dan aktiviti berkaitan. |
| Menyediakan garis panduan teknikal, Prosedur Operasi Seragam mengenai kesihatan persekitaran untuk diguna pakai oleh PBT serta mengurus dan menganalisa data-data berkaitan dari PBT. |
| Mengkaji/menyemak semula, menyediakan draf dan meminda undang-undang kecil yang diperuntukkan di bawah seksyen 76 dan 103 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta171). |
| Merancang dan mengadakan program latihan, kursus, seminar dan khidmat nasihat teknikal mengenai kesihatan persekitaran kepada anggota PBT dan agensi-agensi lain yang berkaitan. |
| Menyelaras, menganjur dan membantu dalam kempen-kempen kebersihan, pendidikan kesihatan dan kesedaran kepada orang awam termasuk memberikan input teknikal kepada agensi lain berkaitan kesihatan persekitaran. |


© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768