Visi | Misi | Fungsi | Piagam

LAMAN UTAMA
/ VISI MISI FUNGSI PIAGAM

VISI

Ke arah menjadikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) organisasi bertaraf dunia dalam penyampaian perkhidmatan perbandaran

MISI

Menyediakan kepakaran dan khidmat nasihat kepada PBT dalam merancang dan melaksana program pembangunan sosio-ekonomi selaras dengan halatuju negara

FUNGSI

Menyelaras pelaksanaan dasar/pekeliling berkaitan Kerajaan Tempatan di peringkat Kerajaan Negeri & PBT

Memberi khidmat nasihat berkaitan fungsi & peranan PBT untuk mendaya upaya perkhidmatan perbandaran & pengurusan aduan PBT

Merancang, menyelaras, memantau & menilai bantuan kewangan

DASAR KUALITI

Kami komited untuk menambahbaik Sistem Pengurusan Kualiti bagi memastikan ia sesuai dan berkesan untuk memenuhi semua Objektif Kualiti agar selaras dengan Visi, Misi dan Objektif Jabatan Kerajaan Tempatan

PIAGAM PELANGGAN

Mengedarkan arahan pelaksanaan Akta, Dasar, Undang-undang Kecil, Peraturan dan Garis Panduan berkaitan Kerajaan Tempatan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pemakluman kepada PBT - Tidak melebihi 1 bulan.

  1. Menghantar surat kepada semua SUK Negeri/PBT untuk mengemukakan senarai cadangan projek/ program/ tuntutan bagi tahun akan datang pada atau sebelum 1 September setiap tahun.
  2. Mengeluarkan surat memaklumkan kepada semua SUK Negeri/ PBT tentang senarai projek/ program yang diluluskan setelah mendapat kelulusan Pegawai Pengawal (KSU) tidak melebihi tujuh (7) hari bekerja.
  3. Mengeluarkan surat kepada PBT tentang kelulusan permohonan tukar tajuk projek/ program setelah mendapat kelulusan Pegawai Pengawal (KSU) tidak melebihi tujuh (7) hari bekerja.
  4. Membuat dan menghantar Memo kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, JKT bagi tujuan pengeluaran Waran/ Cek kepada PBT melalui SUK Negeri/ JPP dari tarikh permohonan diterima sekiranya permohonan waran peruntukan daripada pihak PBT mematuhi kriteria perolehan yang telah ditetapkan tidak melebihi tujuh (7) hari bekerja.
  5. Mengadakan mesyuarat pemantauan projek/ Program bersama SUK Negeri/ PBT mengenai prestasi perlaksanaan projek-projek dan memantau projek sakit/ bermasalah sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun
  6. Menyemak dan mengemaskini laporan prestasi fizikal dan kewangan projek dan menyediakan Laporan Status Perlaksanaan Projek sekurang-kurangnya satu (1) kali sebulan
  7. Mengemaskini Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) dengan sekurang-kurangnya dua (2) kali sebulan
  1. Mengambil tindakan bagi membolehkan siasatan awal dilakukan dari tarikh kejadian yang melibatkan kestabilan cerun dan keselamatan persekitarannya yang dimaklumkan tidak melebihi tujuh (7) hari bekerja.
  2. Mengemukakan khidmat nasihat dari tarikh terima arahan tidak melebihi dua belas (12) hari bekerja.
  1. Mengemukakan akaun penerimaan kepada pelanggan dari penerima sebarang aduan/ pertanyaan tidak melebihi tiga (3) hari bekerja
  2. Memaklumkan keputusan permohonan kursus/ latihan kepada anggota JKT sebelum tarikh permohonan kursus latihan ditutup sekurang-kurangnya empat (4) hari bekerja.
  3. Mengeluarkan Pesanan Pembelian Tempatan (LO) dari tarikh terima permohonan (Borang P1) daripada Bahagian/ Unit di JKT dengan mematuhi peraturan kewangan yang berkuatkuasa tidak melebihi empat (4) hari bekerja.
  4. Menghantar semua keputusan mesyuarat kepada Jabatan dan agensi-agensi berkaitan selepas tarikh mesyuarat tersebut tidak melebihi tiga (3) hari bekerja.

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
60
Capaian Hari Ini
123
Keseluruhan Pelawat
656
Kemaskini Terakhir Pada: 

13 Dec 2024 - 05:01:44

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

apartmentuserschart-barsmagnifier linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content