-->
Jata Transparent

Perutusan Ketua Pengarah

LAMAN UTAMA
/ MENGENAI JKT / PENGENALAN / PERUTUSAN KETUA PENGARAH
PERUTUSAN KETUA PENGARAH
Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali
Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Malaysia MADANI,

Selamat datang ke portal rasmi Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT). Laman web ini merupakan salah satu medium komunikasi di antara JKT dan masyarakat umum sebagai saluran penyebaran maklumat utama organisasi kepada orang awam.  JKT amat menitikberatkan aspek ketepatan maklumat dan kemudahan dalam melayari portal serta mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan portal ini. Saya berharap portal ini dapat memberikan maklumat dan kemudahan kepada pelanggan untuk mengakses informasi terutamanya berkaitan peranan JKT untuk membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan perkhidmatan perbandaran demi kesejahteraan rakyat.

JKT telah mencatat rekod dan pencapaian yang membanggakan bagi tahun 2024 apabila PBTPay telah diterima sebagai salah satu produk di bawah MySTI bermula 28 Mei 2024. JKT juga telah melaksanakan pelbagai program bagi melonjak dan memajukan PBT melalui proses pembangunan fizikal, sosio ekonomi dan kesihatan setempat bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat seperti MyKiosk, OSC 3.0 Plus dan pelaksanaan projek-projek BP.1. Di samping itu, pelbagai program utama telah dilaksanakan dengan jayanya dan memberikan impak yang positif seperti Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2024, Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia KPKT Tahun 2024 dan Anugerah Toilet Of The Year 2024 (TOTYA24). Pada tahun 2024 juga, pelbagai projek telah dirasmikan antaranya MyKiosk 2.0, penyerahan Projek Pasar Awam, Projek Pembaikan Tebing Jalan dan Projek Pemasangan Lampu Jalan Solar LED Jenis Integrated di Kampung Baru.

Sempena kehadiran tahun baharu 2025 ini, saya berharap agar JKT terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. JKT komited untuk mencapai kecemerlangan pada tahun 2025 melalui penerapan konsep nilai ‘greater HEIGHTS’ sepertimana yang ditekankan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam Amanat Tahun Baharu 2025. Nilai ‘greater HEIGHTS’ ini merangkumi Humility (rendah hati), Ethics (etika), Integrity (integriti), Gung-ho (semangat kerja keras), Honesty (kejujuran), Teamwork (kerjasama) dan Success (kejayaan). Konsep ini hendaklah menjadi teras motivasi bagi warga JKT dalam menghadapi cabaran dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat dan aspirasi untuk membawa jabatan ke tahap kecemerlangan yang lebih tinggi.

Selaras dengan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, JKT akan terlibat dalam penganjuran tiga (3) program di peringkat ASEAN di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu:
  • ASEAN Sustainable Urbanisation Forum (ASUF);
  • ASEAN Governors and Mayors Forum (AGMF); dan
  • Meeting of Governors and Mayors of ASEAN Capitals (MGMAC).

Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program-program JKT pada tahun ini, saya ingin memberi penekanan kepada kepentingan kerjasama yang kuat dalam Pasukan JKT. Setiap warga JKT perlu berganding bahu mencapai tahap kecekapan dan kualiti kerja yang tinggi melalui tiga elemen utama iaitu perancangan tersusun, pelaksanaan yang cepat dan pelan komunikasi berkesan.

Selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA),  saya ingin menekankan aspek tadbir urus yang baik serta berintegriti dalam penyampaian perkhidmatan awam bagi menjayakan agenda Malaysia MADANI. Pengukuhan tadbir urus melalui ketelusan dan akauntabiliti merupakan teras kecemerlangan sesebuah organisasi dan menutup ruang kepada wujudnya persepsi negatif terhadap perkhidmatan awam. Justeru, budaya kerja berintegriti haruslah diterapkan dan diberi keutamaan terutamanya dalam memerangi rasuah dalam perkhidmatan awam.

Saya juga berharap agar warga JKT dapat mengoptimumkan sepenuhnya penggunaan aplikasi digital bagi merealisasikan pendigitalan sektor awam dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai penjawat awam bagi menghasilkan kualiti kerja yang terbaik.

Akhir kata, semoga seluruh warga JKT terus istiqamah dalam menggalas tanggungjawab sebagai penjawat awam yang unggul berpaksikan integriti seterusnya menjadikan JKT sebagai salah satu agensi terbaik dalam perkhidmatan awam.

Selamat melayari portal Jabatan Kerajaan Tempatan.
Sekian, terima kasih.

Dato' Mohd Fadzli bin Mohd Kenali
Ketua Pengarah
Jabatan Kerajaan Tempatan
Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
376
Capaian Hari Ini
688
Keseluruhan Pelawat
65121
Kemaskini Terakhir Pada: 

17 Jun 2025 - 19:57:50

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
.
Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content