Memberi khidmat rundingan teknikal dan bukan teknikal kepada pihak berkepentingan mengenai peranan dan fungsi PBT berkaitan dengan perparitan bandar, pencemaran air dan pengurusan fasiliti. |
Merangka, menyeragam dan menyelaras Akta/Garis Panduan/Pekeliling berkaitan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui proses pengenalpastian isu-isu pelaksanaan dan pengharmonian (Regulatory Impact Assesment (RIA) selaras dengan keperluan semasa berkaitan dengan perparitan bandar, pencemaran air dan pengurusan fasiliti. |
Mengkaji dan Menilai keberhasilan perlaksanaan Dasar, Undang-Undang dan Garis Panduan/Pekeliling serta kod amalan untuk digunapakai oleh PBT dalam melaksanakan dan menguatkuasa undang-undang berkaitan dengan perparitan bandar, pencemaran air dan pengurusan fasiliti. |
Merancang dan menilai keberhasilan projek /program perparitan bandar, pencemaran air dan pengurusan fasiliti melalui auditan dan kajian outcome seterusnya mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan. |
Menyediakan khidmat pembangunan kompetensi keada pegawai-pegawai PBN dan PBT melalui latihan dan kursus di dalam berkaitan dengan perparitan bandar, pencemaran air dan pengurusan fasiliti. |
Merancang dan mengadakan program latihan dan kursus di peringkat kebangsaan dan tempatan berkaitan dengan perparitan bandar, pencemaran air dan pengurusan fasiliti kepada pegawai JKT, Kerajaan Negeri dan PBT. |
© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768