-->
Jata Transparent

RAKAN STRATEGIK TOTYA'24

Tarikh Diterbitkan: 4 Jun 2025
RAKAN STRATEGIK TOTYA'24

Rakan Strategik TOTYA merupakan sebuah platform sinergi strategik yang diwujudkan bagi memperkukuh pelaksanaan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh sektor swasta dalam menyokong aspirasi Kerajaan MADANI. Inisiatif ini menjadi medan kolaboratif antara entiti korporat dan kerajaan dalam usaha mempertingkat tahap kebersihan tandas awam supaya berada pada tahap bersih, menawan dan wangi (BMW).

Melalui pendekatan ini, Rakan Strategik TOTYA berperanan sebagai pemangkin kepada pembudayaan nilai kebersihan yang tinggi serta pemeliharaan kemudahan awam secara berterusan. Matlamat utamanya adalah untuk menjadikan tandas awam di Malaysia mencapai piawaian Bersih, Menawan dan Wangi (BMW), selaras dengan visi Malaysia sebagai sebuah negara maju yang mementingkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian persekitaran.

Platform ini turut membuka ruang kepada syarikat-syarikat swasta untuk menzahirkan komitmen terhadap pembangunan sosial dan kesejahteraan komuniti melalui sumbangan dalam bentuk kewangan, kepakaran, teknologi mahupun material. Justeru, kerjasama erat antara kerajaan dan sektor swasta menerusi Rakan Strategik TOTYA diyakini mampu melonjakkan imej tandas awam negara setanding dengan negara-negara maju, di samping memperkukuh nilai integriti, kebersihan dan tanggungjawab sivik dalam kalangan rakyat

More Info :

https://mywc.kpkt.gov.my

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
320
Capaian Hari Ini
595
Keseluruhan Pelawat
63925
Kemaskini Terakhir Pada: 

13 Jun 2025 - 21:21:41

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
.
Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content