Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT telah menganjurkan Kursus Penilaian Risiko Pelan Tindakan Pencegahan Dan Garis Panduan Kawalan Nyamuk Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (Zon Semenanjung) bagi anggota-anggota di PBT dan SUK pada 28 dan 29 Ogos 2024 bertempat di Dewan Majlis Daerah Kereteh, Kelantan.
Kursus ini menyasarkan seramai 45 Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Pembantu Kesihatan Awam yang melaksanakan Program Kawalan Vektor di PBT masing-masing.
Antara objektif kursus ini adalah memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran kepada pengawai teknikal di PBT dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian aktiviti kawalan denggi di kawasan PBT dan mengenalpasti isu-isu dan keperluan Prosedur Operasi Piawai (SOP) dalam melaksanakan Pelan Tindakan Pencegahan dan Kawalan Nyamuk.
© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768