-->
Jata Transparent

KURSUS PENILAIAN RISIKO PELAN TINDAKAN PENCEGAHAN DAN GARIS PANDUAN KAWALAN NYAMUK DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (ZON BORNEO)

Tarikh Diterbitkan: 5 September 2024
Penceramah daripada JKT iaitu En. Ooi Poh Keong (Pengarah Bahagian), Ts. Mohamad Hilmi bin Mustapha (Pen. Pengarah) dan En. Mohd Zulfadli bin Nordin (Pen. Pengawai Kesihatan Persekitaran) bergambar bersama peserta PBT Zon Borneo.

Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT telah menganjurkan Kursus Penilaian Risiko Pelan Tindakan Pencegahan Dan Garis Panduan Kawalan Nyamuk Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (Zon Borneo) bagi anggota-anggota di PBT dan SUK pada 05 dan 06 September 2024 bertempat di Menara Perbadanan Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.

Kursus ini menyasarkan seramai 45 Pegawai Kesihatan Persekitaran,  Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Pembantu Kesihatan Awam yang melaksanakan Program Kawalan Vektor di PBT masing-masing.

Antara objektif kursus ini adalah memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran kepada pengawai teknikal di PBT dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian aktiviti kawalan denggi di kawasan PBT dan mengenalpasti isu-isu dan keperluan Prosedur Operasi Piawai (SOP) dalam melaksanakan Pelan Tindakan Pencegahan dan Kawalan Nyamuk.

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
66
Capaian Hari Ini
99
Keseluruhan Pelawat
57665
Kemaskini Terakhir Pada: 

24 May 2025 - 10:59:42

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
.
Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content