18 Mei 2024 Kampung Permai Machap Umboo, Alor Gajah |
YB Menteri KPKT telah menyampaikan hadiah pengiktirafan kepada sembilan (9) buah kampung pemenang Pertandingan Keceriaan Kampung Baru Tahun 2024 bertempat di Kampung Permai Machap Umboo, Alor Gajah pada 18 Mei 2024.
Senarai Pemenang Pertandingan Keceriaan Kampung Baru Tahun 2024:
Johan : Kampung Baru Machap Umboo, Melaka
Naib Johan : Kampung Baru Pertang, Negeri Sembilan
Ketiga : Kampung Baru Machap Baru, Melaka
Hadiah Khas : Kampung Baru Batu Dua, Gerik, Perak.
Saguhati : Kampung Baru Menglembu, Perak
Saguhati : Kampung Baru Triang, Pahang
Saguhati : Kampung Baru Grisek, Johor
Saguhati : Kampung Baru Jering, Perak
Saguhati : Kampung Baru Changkat Kruing, Perak
Pertandingan Keceriaan Kampung Baru Tahun 2024 yang bertemakan “Keceriaan dan Kemeriahan Kampungku” adalah inisiatif daripada YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) bagi menggalakkan setiap Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bekerjasama menceriakan halaman kampung sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2024.
© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768