2 Februari 2024 Hotel Berjaya Times Square |
Majlis Penyampaian Watikah Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Baru yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah diadakan pada 2 Februari 2024 di Hotel Berjaya Times Square. Seramai 152 pemimpin Kampung Baru telah menerima watikah pelantikan sebagai Pengerusi dan Setiausaha JPKKP bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab di kampung dan komuniti masing-masing.
Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Baru merupakan jentera kerajaan yang ditubuhkan di peringkat kampung bagi membantu kementerian dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan fizikal dan sosial. Pengerusi dan Setiausaha JPKKP juga berpeluang menghadiri sesi taklimat mengenai hala tuju kementerian bagi memperkasakan peranan dan tanggungjawab JPKKP dalam pentadbiran dan pembangunan Kampung Baru Cina yang turut diadakan selepas sesi penyampaian watikah.
© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768