Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) melalui Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum dan Bahagian Perunding Kejuruteraan Awam telah menganjurkan Kursus Pengurusan Projek dan Pentadbiran Kontrak pada 25 dan 26 September 2024 di Pulse Grande Hotel, Putrajaya. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkenaan amalan terbaik dalam pengurusan projek serta pentadbiran kontrak serta memberi pendedahan dan kesedaran dalam pengurusan projek serta pentadbiran kontrak agar selaras dengan pekeliling termasuk arahan terkini yang berkuatkuasa.
Majlis perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Ar. Zuhairi bin Manaf, Timbalan Ketua Pengarah (Perundingan dan Perundangan), Jabatan Kerajaan Tempatan. Kursus ini telah dihadiri oleh 43 orang peserta yang terdiri daripada pegawai teknikal JKT dan PBT yang terlibat dalam pengurusan projek dan pentadbiran kontrak. Penceramah jemputan adalah pegawai dari Bahagian Pembangunan Projek, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang Pengurusan Projek dan Pentadbiran Kontrak.
© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768