
Unit Integriti, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dengan kerjasama Kelab Jabatan Kerajaan Tempatan (JAKET) telah menganjurkan Program Ceramah Ramadan bertajuk "Keberkatan Masa di Bulan Ramadan" yang diadakan pada 20 Mac 2025 bertempat di Bilik Latihan Teratai, Aras 11, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pencetus Ummah, Ustaz Muhammad Rozi bin Harun telah dijemput sebagai ahli panel bagi mengulas topik ini dengan lebih terperinci.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Encik Omran bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Pembangunan Jabatan Kerajaan Tempatan yang mana kehadiran terdiri daripada warga JKT seramai 50 orang.

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768