Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) melalui Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum telah mengadakan Penilaian Teknikal Pematuhan Garis Panduan Pasar Sejahtera ke atas Pasar MPAJ Pekan Ampang, Ampang, Selangor pada 26 Februari 2025. Penilaian ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai tahap pematuhan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke atas Garis Panduan Pasar Sejahtera di kawasan PBT sepertimana Pekeliling KSU KPKT Bil. 2 Tahun 2021 yang telah diedarkan. Skop penilaian adalah merangkumi aspek reka bentuk, pengurusan, penyenggaraan, kesihatan dan keselamatan di pasar tersebut.
Panel penilai diketuai oleh Puan Nurul Aini Binti Mat Sot, Encik Mohamad Razi Bin Embong, Encik Muhammad Syazwan Syamim Bin Mohd Yunus dan Puan Siti Najwa Binti Ahmad Naspu dari Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum, JKT. Penilaian tersebut diiringi oleh Pn Mazlifah Binti Md. Yusof, Ketua Bahagian Pengurusan Harta berserta Sr. Dr. Rohayati Binti Haji Zakaria, Ketua Bahagian Penyelenggaraan Bangunan dan pegawai-pegawai dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Laporan penilaian beserta cadangan penambahbaikan bagi setiap penemuan akan dikemukakan kepada pihak MPAJ untuk tindakan selanjutnya. Diharapkan input dari penilaian tersebut dapat membantu pihak MPAJ dalam menambahbaik kemudahan fasiliti di pasar tersebut untuk keselesaan dan manfaat masyarakat setempat.
© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768