Ucapan tahniah dan penghargaan kepada enam (6) Pihak Berkuasa Tempatan yang telah mendapat pencapaian cemerlang terhadap pematuhan garis panduan yang telah disediakan oleh JKT, KPKT iaitu Majlis Bandaraya Alor Setar, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Bentong dan Majlis Perbandaran Kulim.
Sebagai tanda penghargaan atas kecemerlangan tersebut, pada 04 Februari 2025, sesi penyampaian sijil kepada semua PBT yang terlibat telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Ar. Zuhairi bin Manaf, Timbalan Ketua Pengarah (Perundingan dan Perundangan) diiringi oleh Tn. Mohamed Yazid bin Kuman, Pengarah Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum.
Kecemerlangan pihak PBT dalam menyediakan fasiliti awam yang selamat dan sihat kepada orang awam perlu diteruskan selari dengan VISI JKT iaitu ke arah menjadikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) organisasi bertaraf dunia dalam penyampaian perkhidmatan perbandaran.
Semoga kerjasama antara JKT dan PBT dapat diperkukuhkan dalam usaha untuk menyediakan fasiliti yang terbaik kepada masyarakat dari segi keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan.
© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768