-->
Jata Transparent

KUNJUNGAN HORMAT TOURISM MALAYSIA KE JABATAN KERAJAAN TEMPATAN (JKT)

Tarikh Diterbitkan: 22 April 2025

22 April 2025

JKT telah menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia). Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan secara langsung perkara-perkara berkaitan pembangunan dan pelesenan produk pelancongan di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), khususnya melibatkan aktiviti glamping yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan pengusaha pelancongan dan pelawat domestik serta antarabangsa.

Sesi ini turut disertai oleh wakil daripada PLANMalaysia yang telah berkongsi maklumat mengenai Garis Panduan Perancangan (GPP) Tapak Perkhemahan. GPP ini diperkenalkan susulan insiden tanah runtuh di Batang Kali pada Disember 2022. GPP ini menjadi dokumen rujukan penting bagi menyelaras pemajuan tapak perkhemahan dengan mengambil kira aspek keselamatan, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan komuniti.

Turut hadir dalam sesi ini adalah pegawai-pegawai kanan dari Bahagian Perunding Kawalan Pemajuan dan juga Bahagian Inspektorat, JKT. Perbincangan berjalan lancar dan penuh kerjasama, membuktikan komitmen bersama dalam memperkukuh pembangunan pelancongan yang selamat, mampan dan selaras dengan dasar serta peraturan sedia ada.

JKT amat menghargai usaha Tourism Malaysia dalam menjalin kerjasama strategik ini. Pertemuan ini diharapkan dapat menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih erat antara agensi pelancongan dan pihak berkuasa tempatan dalam membangunkan sektor pelancongan negara.

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
37
Capaian Hari Ini
56
Keseluruhan Pelawat
138798
Kemaskini Terakhir Pada: 

17 Jan 2026 - 06:46:06

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
.
Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content