-->
Jata Transparent

KURSUS PENGURUSAN CERUN DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) TAHUN 2025

Tarikh Diterbitkan: 21 Mei 2025
Peserta Kursus Pengurusan Cerun di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2025

Kursus Pengurusan Cerun di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2025 bertempat di Dewan Auditorium Kompleks Sungai Merbok, Sungai Petani, Kedah yang berlangsung pada 14 &15 Mei 2025. Peserta kursus ini terdiri daripada 60 orang dari wakil PBT seluruh Malaysia dan wakil dari Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).

Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan peserta berkaitan kejuruteraan cerun dan kerja-kerja penyiasatan tanah serta kaedah-kaedah pembaikan cerun. Disamping itu, kursus ini memberi pendedahan kepada peserta kursus mengenai modul pengkelasan tanah runtuh dan gemorfologi aliran puing. Selain itu, kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta terhadap amalan terbaik pengurusan cerun di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

Penceramah Kursus ini terdiri daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional dari Cawangan Kerja Cerun (CKC) Jabatan Kerja Raya (JKR),  Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT),  dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Dewan Auditorium Kompleks Sungai Merbok, Sungai Petani, Kedah
Penyampaian Sijil Peserta Kursus
Lawatan Tapak Kesan Runtuhan Tanah (Debris Flow) di Titi Hayun, Yan, Kedah
Lawatan Tapak Projek Pembaikan Cerun JKR di Gunung Jerai, Kedah
Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
320
Capaian Hari Ini
594
Keseluruhan Pelawat
63925
Kemaskini Terakhir Pada: 

13 Jun 2025 - 20:31:57

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
.
Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content