-->
Jata Transparent

Majlis Menyelusuri Peranan Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyediakan Akses dan Hak Masyarakat Setempat

Tarikh Diterbitkan: 26 Mei 2025
Dato' KP JKT merasmikan program

20 – 21 Mei 2025 | Hotel Weil, Ipoh, Perak

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah menganjurkan Majlis Menyelusuri Peranan Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyediakan Akses dan Hak Masyarakat Setempat dari 20 hingga 21 Mei 2025 bertempat di Hotel Weil, Ipoh, Perak.

Ucapan amanat telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Fadli Bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Berhormat Tuan Mohd Azlan Helmi bin Helmi, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia & NGO Negeri Perak Darul Ridzuan yang hadir mewakili YAB Menteri Besar Perak, Yang Berbahagia Dato’ Seri Mohd Hishamudin bin Md Yunus, Pengerusi SUHAKAM; barisan Pesuruhjaya SUHAKAM; serta wakil-wakil daripada Kerajaan Tempatan, PBT dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Majlis ini diadakan dengan objektif utama untuk mengemukakan cadangan perubahan dasar kepada Kerajaan Negeri dalam usaha menangani isu serta cabaran yang dihadapi oleh golongan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU). Program ini juga bertujuan memperkukuh kesejahteraan serta pemerkasaan warga emas selain memberi kesedaran tentang peranan dalam menegakkan hak asasi manusia masyarakat setempat selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan.

JKT memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti aksesibiliti dan keselesaan OKU di peringkat Negeri dengan melaksanakan audit aksesibiliti berdasarkan Reka Bentuk Sejagat MS 1184:2014 ke atas bangunan dan kemudahan awam di bawah seliaan PBT secara tahunan. Pemeriksaan susulan turut dilaksanakan bagi memantau pelaksanaan tindakan penambahbaikan oleh PBT terutamanya dalam ketersediaan kemudahan dan fasiliti mesra OKU tersebut.

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
320
Capaian Hari Ini
594
Keseluruhan Pelawat
63925
Kemaskini Terakhir Pada: 

13 Jun 2025 - 20:41:36

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
.
Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content