Jabatan Kerajaan Tempatan melalui Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum telah menganjurkan Bengkel Pengisian Dan Pengemaskinian eJKT (eProfil): Maklumat Hotspot Banjir Kilat Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan - Siri 1 yang berlangsung selama 2 hari mulai 26 hingga 27 Mei 2025 (Isnin hingga Selasa) bertempat di Bilik Latihan Komputer, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran penggunaan dan melengkapkan data-data hotspot banjir kilat di dalam sistem eJKT (eProfil) yang telah dibangunkan oleh Jabatan ini bermula pada tahun 2022.
En. Mohamed Yazid Bin Kuman, Pengarah Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum telah menyempurnakan majlis perasmian bengkel tersebut. Bengkel ini telah dihadiri seramai 64 pegawai Pihak Berkuasa Tempatan dari Negeri Johor (28 peserta), Melaka (5 peserta), Negeri Sembilan (9 peserta), Selangor (19 peserta) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (3 peserta).
#PBTPerkasaRakyatSejahtera
#JKT
#MalaysiaMadani
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi
© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768