-->
Jata Transparent

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MEMBAIK PULIH DAN PENGUKUHAN CERUN DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN , MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA DAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Tarikh Diterbitkan: 26 Jun 2025
Majlis Penyerahan Projek Membaik Pulih dan Pengukuhan Cerun di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Bandaraya Seremban, Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Bandaraya Subang Jaya telah diadakan pada 5 Jun 2025 di Bilik Mesyuarat Akuamarin, Aras 29, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Yang Berbahagia Dato' Mohd Fadzli bin Mohd Kenali.

Majlis penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya, Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang melalui sesi menandatangani dokumen penyerahan projek. Senarai projek yang terlibat ialah:

  1. Cadangan Kerja-kerja Pembaikan Cerun Runtuh di Jalan LP 5/2, Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

  2. Cadangan Kerja-kerja Pembaikan Cerun Runtuh di Jalan LP 6/3, Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

  3. Cadangan Pembaikan Cerun di Taman Bukit Intan, Seremban. 

  4. Kerja-kerja Membaiki Runtuhan Cerun di Belakang Rumah Jalan Lagenda 1, Taman Lagenda Mas, Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat, MP Kajang.

  5. Kerja-kerja Pembaikan Cerun Runtuh di Kawasan Lapang di Taman Sri Raya, Cheras, MP Kajang.

Sesi tandatangan dokumen penyerahan projek bagi Cadangan Kerja-kerja Pembaikan Cerun Runtuh di Jalan LP 5/2, Lestari Perdana, Seri Kembangan dan Cadangan Kerja-kerja Pembaikan Cerun Runtuh di Jalan LP 6/3, Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan di antara Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Yang Berbahagia Dato' Mohd Fadzli bin Mohd Kenali dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya, Yang Berbahagia Dato' Amirul Azizan bin Dato' Sri Abd. Rahim disaksikan oleh Pengarah Bahagian Kejuruteraan Awam JKT, Ir. Mohamad Yusrey bin Mahat dan Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Majlis Bandaraya Subang Jaya.
Sesi tandatangan dokumen penyerahan projek bagi Kerja-kerja Membaiki Runtuhan Cerun di Belakang Rumah Jalan Lagenda 1, Taman Lagenda Mas, Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat dan Kerja-kerja Pembaikan Cerun Runtuh di Kawasan Lapang di Taman Sri Raya, Cheras, Majlis Perbandaran Kajang di antara Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Yang Berbahagia Dato' Mohd Fadzli bin Mohd Kenali dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Yang Berusaha Tuan Nazli Bin Md Taib disaksikan oleh Pengarah Bahagian Kejuruteraan Awam JKT, Ir. Mohamad Yusrey bin Mahat dan Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Kajang.
Sesi tandatangan dokumen penyerahan projek bagi Cadangan Pembaikan Cerun di Taman Bukit Intan, Seremban di antara Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Yang Berbahagia Dato' Mohd Fadzli bin Mohd Kenali dan Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban, Yang Berusaha Tuan Ir. Ts. Mohd Kamal bin Mohd Yusof disaksikan oleh Pengarah Bahagian Kejuruteraan Awam JKT, Ir. Mohamad Yusrey bin Mahat dan Ketua Jurutera, Majlis Bandaraya Seremban.
Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
324
Capaian Hari Ini
756
Keseluruhan Pelawat
73880
Kemaskini Terakhir Pada: 

15 Jul 2025 - 15:42:57

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
.
Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content