Bagi Tahun 2025, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) yang melibatkan kesemua Pihak Berkuasan Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Semenanjung Malaysia dengan kerjasama PBT Tuan Rumah (host city) iaitu bagi Zon Tengah & Selatan di Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Johor pada 13 dan 14 Februari 2025, Zon Timur di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Terengganu pada 5 dan 6 Mei 2025 dan Zon Utara di Majlis Perbandaran Taiping, Perak pada 28 dan 29 Mei 2025. Kesemua mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah JKT. Ahli mesyuarat adalah terdiri daripada Barisan Datuk-Datuk Bandar, Yang Dipertua Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Daerah, serta pegawai-pegawai kanan KPKT.
Mesyuarat ini bertujuan untuk menyampaikan keputusan-keputusan Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) dan Pengurusan Tertinggi KPKT untuk penyelarasan tindakan di peringkat PBN dan PBT serta membincangkan isu-isu dan cadangan polisi/ inisiatif baharu dalam usaha menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan PBT. Diharapkan sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ini dapat dijadikan pemangkin kepada semua PBT untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan perbandaran yang terbaik kepada rakyat selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.
© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768