-->
Jata Transparent

BENGKEL PENGISIAN DAN PENGEMASKINIAN eJKT (ePROFIL): MAKLUMAT HOTSPOT BANJIR KILAT DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN SIRI 2 (ZON UTARA)

Tarikh Diterbitkan: 2 Julai 2025

Jabatan Kerajaan Tempatan melalui Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum telah menganjurkan Bengkel Pengisian Dan Pengemaskinian eJKT (eProfil): Maklumat Hotspot Banjir Kilat Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan - Siri 2 (Zon Utara) yang berlangsung selama 2 hari mulai 23 hingga 24 Jun 2025 (Isnin hingga Selasa) bertempat di Bilik Latihan Komputer, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran penggunaan dan melengkapkan data-data hotspot banjir kilat di dalam sistem eJKT (eProfil) yang telah dibangunkan oleh Jabatan ini bermula pada tahun 2022.

En. Mohamed Yazid Bin Kuman, Pengarah Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum telah menyempurnakan majlis perasmian bengkel tersebut. Bengkel ini telah dihadiri seramai 44 pegawai Pihak Berkuasa Tempatan dari Negeri Perak (25 peserta), Kedah (13 peserta), Pulau Pinang (4 peserta) dan Perlis (2 peserta).

#PBTPerkasaRakyatSejahtera
#JKT
#MalaysiaMadani
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
310
Capaian Hari Ini
715
Keseluruhan Pelawat
73866
Kemaskini Terakhir Pada: 

15 Jul 2025 - 15:14:52

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
.
Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content