
Bengkel Pengisian Data Cerun ini melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari Zon Selatan, Utara dan Timur. Peserta-peserta bengkel terdiri daripada 50 orang wakil PBT dari negeri Johor, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu dan 10 orang wakil dari Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT). Penceramah terdiri daripada Pegawai di Bahagian Pengurusan Maklumat dan Bahagian Perunding Kejuruteraan Awam, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).
Objektif bengkel adalah untuk meningkatkan tahap pemahaman PBT terhadap sistem e-JKT dan JKT Gateway dan meningkatkan tahap pemahaman PBT terhadap kaedah pengisian data cerun dalam sistem e-Profil, e-JKT. Di samping itu, bengkel ini juga bertujuan untuk memastikan PBT melengkapkan data cerun dalam sistem e-Profil, e-JKT dengan lengkap, teratur dan tepat.

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768