-->
Jata Transparent

MESYUARAT KOORDINASI PROJEK DAN LAWATAN TAPAK PROJEK MEMBINA BARU PASAR BESAR KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

Tarikh Diterbitkan: 26 Ogos 2025
Mesyuarat Koordinasi Projek Membina Baru Pasar Besar Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah iaitu YBrs. Puan Nawal Binti Mohamed Amin

Projek Membina Baru Pasar Besar Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah diluluskan di bawah Rolling Plan Lima (RP5) di bawah Rancangan Malaysia Ke Dua Belas (RMK12) dengan peruntukan sebanyak RM11.7 juta. Skop projek ini adalah merangkumi kerja meroboh dan membina semula pasar baru yang terdiri daripada pasar basah, kering dan gerai pelbagai yang dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kenderaan, tandas awam dan surau. Pembinaan pasar baru ini adalah untuk menggantikan bangunan pasar sedia ada yang telah uzur kepada fasiliti dan kemudahan yang lebih moden dan selesa untuk manfaat peniaga dan penduduk setempat.

Jabatan Kerajaan Tempatan telah melaksanakan satu mesyuarat dan lawatan ke atas tapak projek tersebut yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum, YBrs. Tuan Mohamed Yazid bin Kuman pada 9 Julai 2025. Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Head of Design Team (HODT) dan Bahagian Pembangunan selaku wakil pelanggan serta pegawai-pegawai dari MD Kuala Pilah.

Mesyuarat dan lawatan tapak ini bertujuan untuk membincangkan perancangan dan pelaksanaan projek tersebut. Pihak MD Kuala Pilah dalam proses melaksanakan pertandingan rekabentuk konsep bagi pasar baru tersebut dimana terbuka kepada semua Arkitek yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM). Pertandingan tersebut adalah selaras dengan hasrat YB Menteri KPKT untuk memastikan rekabentuk pasar baru adalah moden dan terbaik untuk rakyat Kuala Pilah.

Wakil dari Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum bersama wakil dari Majlis Daerah Kuala Pilah
Sesi lawatan dan taklimat di Pasar Besar Kuala Pilah sedia ada
Sesi lawatan dan taklimat di Pasar Besar Kuala Pilah sedia ada
Sesi lawatan dan taklimat di Pasar Besar Kuala Pilah sedia ada
Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
37
Capaian Hari Ini
54
Keseluruhan Pelawat
127895
Kemaskini Terakhir Pada: 

17 Dec 2025 - 07:51:50

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
.
Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content