-->
Jata Transparent

PENILAIAN TEKNIKAL KE ATAS PEMATUHAN GARIS PANDUAN PASAR SEJAHTERA DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) BAGI TAHUN 2025 : PASAR AWAM SERI MANJUNG, PERAK

Tarikh Diterbitkan: 26 Ogos 2025
Wakil dari Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum Bersama Wakil dari Majlis Perbandaran Manjung

Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) melalui Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum (BPKU) telah melaksanakan Penilaian Teknikal ke atas Pematuhan Garis Panduan Pasar Sejahtera Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada 26 Jun 2025 (Khamis) di Pasar Awam Seri Manjung, Perak. Objektif penilaian teknikal ini dilaksanakan adalah untuk menilai tahap pematuhan PBT ke atas Garis Panduan Pasar Sejahtera sepertimana pekeliling KSU KPKT Bil.2 Tahun 2021.

Pasukan penilai adalah terdiri daripada  4 orang pegawai yang diketuai oleh Puan Nurul Aini Binti Mat Sot serta Encik Mohamad Razi Bin Embong, Siti Najwa Binti Ahmad Naspu dan Encik Hafizuddin Bin Mohamad. Seramai lapan (8) orang pegawai dari Majlis Perbandaran  Manjung yang terlibat dalam sesi penilaian tersebut. Skop penilaian adalah merangkumi aspek pengurusan fasiliti, rekabentuk, penyenggaraan & pembersihan, keselamatan dan inisiatif tambahan. Penemuan semasa sesi lawatan penilaian ini akan dikemukakan kepada pihak MP Manjung berserta cadangan penambahbaikan untuk tindakan sewajarnya.

Diharapkan lawatan penilaian ini memberi manfaat dan input yang berguna kepada pihak MP Manjung seterusnya untuk menambahbaik perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan kepada rakyat tempatan.

Sesi Taklimat Di Majlis Perbandaran Manjung
Sesi Penilaian Di Pasar Awam Seri Manjung
Keadaan Pasar Awam Seri Manjung
Penyediaan tong kitar semula sebagai salah satu insiatif untuk menyokong kelestarian alam sekitar
Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
435
Capaian Hari Ini
769
Keseluruhan Pelawat
128293
Kemaskini Terakhir Pada: 

17 Dec 2025 - 20:23:15

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
.
Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content