
Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) melalui Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum telah menganjurkan Kursus Garis Panduan Perangkap Minyak di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2025 yang berlangsung pada 11 September 2025 bertempat di Sama - Sama Hotel, Kuala Lumpur International Airport.
Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenai pengurusan perangkap minyak yang merangkumi aspek pemasangan dan penggunaan perangkap minyak, operasi dan penyenggaraan, pengurusan sisa dan lain-lain perkara yang berkaitan.
Majlis perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh En. Mohamed Yazid Bin Kuman, Pengarah, Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Kursus ini telah berjaya dihadiri seramai 106 orang peserta yang terdiri daripada pegawai JKT, pegawai PBT dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, Perak, Terengganu dan Sarawak serta penceramah daripada Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) juga turut sama berkongsi ilmu dan pengalaman dalam kursus ini.
#PBTPerkasaRakyatSejahtera
#JKT
#MalaysiaMadani
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi


© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768