
Jabatan Kerajaan Tempatan melalui Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum telah menganjurkan Bengkel Pengisian Dan Pengemaskinian eJKT (eProfil): Maklumat Hotspot Banjir Kilat Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan - Siri 4 yang berlangsung selama 2 hari mulai 27 hingga 28 Oktober 2025 (Isnin hingga Selasa) bertempat di Bilik Latihan Komputer, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran penggunaan dan melengkapkan data-data hotspot banjir kilat di dalam sistem eJKT (eProfil) yang telah dibangunkan oleh Jabatan ini bermula pada tahun 2022.
Puan Wan Adzlinda binti Wan Ariffin, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum telah mengendalikan sesi pengisian dan pengemaskinian data hotspot banjir kilat di dalam sistem eJKT (eProfil). Bengkel tersebut telah dihadiri seramai 33 pegawai Pihak Berkuasa Tempatan dari Negeri Sabah (20 peserta) dan Sarawak (13 peserta).
#PBTPerkasaRakyatSejahtera
#JKT
#MalaysiaMadani
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768