
PUTRAJAYA, 27 OKTOBER 2025 – Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah berjaya menganjurkan Sesi Townhall Ketua Pengarah JKT bersama Pegawai-Pegawai Unit Pusat Setempat (OSC) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2025. Sesi ini telah berlangsung pada 27 Oktober 2025 di Hotel The Everly Putrajaya.
Sesi ini yang dikelolakan oleh Bahagian Perunding Kawalan Pemajuan JKT, telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan. Sesi majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Ar. Mohamad Nazli bin Ramli selaku Timbalan Ketua Pengarah (Perundingan dan Perundangan) JKT.
Penganjuran Sesi Townhall ini bertujuan menjadi platform strategik bagi pengurusan tertinggi JKT untuk berdialog dan mendengar pandangan terus daripada pegawai OSC di PBT.
Antara fokus utama Sesi Townhall ini ialah:
Sesi ini telah berjaya menjadi wadah perkongsian maklumat dan sesi soal jawab yang komprehensif, sejajar dengan usaha berterusan JKT untuk memperkukuh kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan OSC 3.0 Plus di seluruh PBT.


© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768