
Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah dinobatkan sebagai Juara Anugerah Organisasi Unggul pada Anugerah Kecemerlangan Menteri Tahun 2025 (AKM 2025). Penyampaian Anugerah tersebut telah disempurnakan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta turut dihadiri oleh YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, isteri Perdana Menteri.
Manakala Juara bagi Anugerah Kepimpinan Berinspirasi pula telah dimenangi oleh Tuan Ooi Poh Keong, Pengarah Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran JKT atas sumbangan beliau dalam menjayakan inisiatif iaitu kempen kesihatan persekitaran, tandas terbaik dan tandas berkonsepkan Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) KPKT.
Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga JKT atas dedikasi dan perkhidmatan yang cemerlang dalam menjadikan JKT sebagai organisasi yang terunggul dan terbilang.
#MalaysiaMadani
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768