
Jabatan Kerajaan Tempatan melalui Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran telah mengadakan Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) Kesihatan Persekitaran di Majlis Bandaraya Seremban, Negeri Sembilan pada 28 April 2026.
Penarafan ini meliputi penilaian holistik yang merangkumi aspek pengurusan peruntukan, keberkesanan penyampaian perkhidmatan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam aktiviti Kesihatan Persekitaran, tahap kesesuaian penggunaan bahan dan peralatan, serta pemantapan budaya kerja berprestasi tinggi melalui pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Program Kesihatan Persekitaran.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah dirakamkan kepada semua pihak atas komitmen serta kerjasama yang ditunjukkan dalam menjayakan pelaksanaan penarafan ini dengan jayanya. Terima kasih.

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768