Jata Transparent

BENGKEL SPESIFIKASI KEPERLUAN SISTEM (SRS) BAGI PROJEK PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN SISTEM ePBT 3.0

Tarikh Diterbitkan: 5 Mei 2026

13 - 14 April 2026 (Isnin hingga Selasa) | Holiday Inn Sepang

Jabatan Kerajaan Tempatan melalui Bahagian Pengurusan Maklumat telah mengadakan Bengkel Spesifikasi Keperluan Sistem (SRS) bagi Projek Perkhidmatan Pembangunan Sistem ePBT 3.0 selama dua hari di Holiday Inn Sepang.

Bengkel ini telah disertai oleh seramai 78 peserta daripada pelbagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan satu landasan penting dalam usaha memperkasa penyampaian perkhidmatan Kerajaan Tempatan di seluruh negara melalui penerapan teknologi digital yang lebih mampan dan berdaya saing.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat dalam bengkel ini memainkan peranan yang amat signifikan dalam memastikan pembangunan sistem ePBT 3.0 kelak benar-benar mengambil kira keperluan sebenar, serta fungsi dan pengoperasian PBT secara menyeluruh dan holistik.

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
144
Capaian Hari Ini
274
Keseluruhan Pelawat
215577
Kemaskini Terakhir Pada: 

13 Nov 2026 - 15:44:07

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

Polisi Privasi dan Keselamatan

magnifier
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content