
KURSUS PEMERKASAAN PEGAWAI KEMAJUAN PERKAMPUNGAN (PKP)
📍 28 – 30 April 2026 | Hotel Premiere Klang
Kursus Pemerkasaan PKP telah berjaya dilaksanakan pada 28 hingga 30 April 2026 di Hotel Premiere Klang. Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan pengetahuan, kemahiran dan kefahaman peserta dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP).
Program ini merangkumi beberapa sesi utama, iaitu:
Penerangan dasar-dasar terkini berkaitan pentadbiran
Aspek keselamatan tapak projek semasa pelaksanaan pembangunan
Penyediaan butiran kerja dan anggaran kos projek
Sesi perkongsian pengalaman PKP di Kampung Baru
Selain itu, program turut diperkukuhkan dengan:
Sesi FGD bersama Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) bagi pengumpulan idea ke arah penyediaan Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru
Sesi bersama BSN berkaitan perkongsian ilmu serta input keperluan semasa PKBC
Diharapkan segala pengisian program ini dapat meningkatkan kompetensi serta keberkesanan peranan PKP di lapangan, selaras dengan keperluan semasa pembangunan Kampung Baru.

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768