-->
Jata Transparent

LAWATAN PENILAIAN TEKNIKAL DAN PROGRAM KOMUNIKASI,PENDIDIKAN DAN KESEDARAN AWAM BAGI GARIS PANDUAN PERANGKAP MINYAK DI PREMIS MAKANAN DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAHUN 2026 - MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG

Tarikh Diterbitkan: 4 Mei 2026

29 Januari 2026 | Pejabat Cawangan Jalan Tengku Kelana | Gerai Makanan Bangunan Pejabat Cawangan  Jalan Tengku Kelana, Klang

Jabatan Kerajaan Tempatan melalui Bahagian Perunding  Kejuruteraan Kesihatan Umum telah mengadakan  lawatan penilaian teknikal serta program komunikasi,pendidikan dan kesedaran awam berkaitan Garis Panduan Perangkap Minyak di Gerai Makanan Bangunan Pejabat Cawangan  Jalan Tengku Kelana, Klang.

Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat oleh  wakil daripada Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) berkenaan dengan pengurusan perangkap minyak di bawah pentadbiran MBDK. Seterusnya, sesi libat urus bersama  lapan  (8) orang peniaga telah dilaksanakan melalui pengedaran borang soal selidik, poster dan risalah penerangan serta penilaian teknikal turut dijalankan ke atas  semua premis  di Gerai Pejabat Cawangan Majlis (E-Library) yang mempunyai perangkap minyak individu.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan tahap pengetahuan,pematuhan dan kesedaran pengusaha premis makanan terhadap pengurusan perangkap minyak demi mengurangkan pencemaran serta menjaga kualiti air sungai.

 

Sesi libat urus Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran bersama pengusaha premis makanan Gerai Makanan Bangunan Pejabat Cawangan  Jalan Tengku Kelana, Klang.
Pemilik premis mengisi borang soal selidik berkaitan pengurusan perangkap minyak.
Keadaan perangkap minyak yang diperiksa dalam keadaan yang tidak bersih.
Keadaan perangkap minyak yang sukar diakses untuk tujuan pemeriksaan dan penyenggaraan.
Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
46
Capaian Hari Ini
67
Keseluruhan Pelawat
183562
Kemaskini Terakhir Pada: 

16 May 2026 - 10:55:17

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

magnifier
.
Polisi Privasi dan Keselamatan

Polisi Privasi dan Keselamatan

Borang Maklumbalas

h3>
PBTPay MyWC2U
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content