
28 Januari 2026 | Menara MPS dan Seri Selera Sungai Pusu, Gombak.
Jabatan Kerajaan Tempatan melalui Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum telah mengadakan lawatan penilaian teknikal serta program komunikasi,pendidikan dan kesedaran awam berkaitan Garis Panduan Perangkap Minyak di Seri Selera Sungai Pusu,Gombak.
Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat oleh Puan Siti Aisyah binti Borhannordin dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan berkenaan dengan pengurusan perangkap minyak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang. Seterusnya,sesi libat urus bersama tujuh belas (17) orang peniaga telah dilaksanakan melalui pengedaran borang soal selidik,poster dan risalah penerangan. Penilaian teknikal turut dijalankan ke atas enam (6) premis yangmempunyai perangkap minyak individu serta dua(2) unit perangkap minyak jenis komunal.
Inisiatif ini bertujuan meningkatkan tahap pengetahuan,pematuhan dan kesedaran pengusaha premis makanan terhadap pengurusan perangkap minyak demi mengurangkan pencemaran serta menjaga kualiti air sungai.

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768