
MAJLIS PERJUMPAAN YB MENTERI BERSAMA PEGAWAI KEMAJUAN PERKAMPUNGAN (PKP)
📍 29 April 2026
Majlis Perjumpaan YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) telah diadakan pada 29 April 2026. Majlis ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan serta komunikasi antara pihak Kementerian dan PKP di lapangan.
Majlis ini telah menjadi platform kepada YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menyampaikan amanat serta hala tuju kepada semua Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP).
Selain itu, ia turut memberi ruang kepada semua PKP untuk berinteraksi, bertukar pandangan dan berkongsi idea secara langsung bersama YB Menteri.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan atas kesudian hadir serta meluangkan masa bersama para PKP.
Diharapkan amanat dan perkongsian yang telah disampaikan dapat dijadikan panduan dalam memperkukuhkan lagi peranan PKP di lapangan serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas.

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768