Jata Transparent

SESI LIBAT URUS BERSAMA PIHAK BERKUASA TEMPATAN BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN SISTEM SMART MAINTENANCE TRACKING SYSTEM - FAT, OIL, GREASE TRAP

Tarikh Diterbitkan: 5 Jun 2026

21 Mei 2026 | Bilik Mesyuarat  Aras 26, Jabatan Kerajaan Tempatan

Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) melalui Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum (BPKU) sedang merancang pembangunan Smart Maintenance Tracking System – Fat, Oil and Grease Trap (SMTS-FOGT) bagi meningkatkan kecekapan pemantauan dan penguatkuasaan penyelenggaraan perangkap minyak secara lebih sistematik di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sehubungan itu, satu sesi libat urus telah diadakan dan dipengerusikan oleh YBrs. Ar. Mohd Nazli bin Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Perundingan dan Perundangan), JKT dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada JKT serta wakil PBT yang terdiri daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Bandaraya Seremban, Majlis Bandaraya Diraja Klang, Majlis Daerah Kuala Pilah dan Majlis Daerah Tampin.

Pembangunan sistem ini merupakan salah satu inisiatif utama di bawah pendekatan Whole of Government (WoG) bagi Sektor Infrastruktur yang memfokuskan kepada penyediaan perkhidmatan digital bersepadu sektor awam secara lebih cekap, sistematik dan berimpak tinggi.

Perbincangan sesi libat urus memberi tumpuan kepada beberapa perkara utama berkaitan pembangunan SMTS-FOGT, antaranya melibatkan pembentangan keseluruhan pembangunan sistem yang merangkumi justifikasi keperluan pembangunan, reka bentuk dan konsep operasi sistem, serta status semasa pembangunan sistem tersebut.

Selain itu, sesi perbincangan ini juga bertujuan mendapatkan pandangan, cadangan serta maklum balas daripada pihak PBT. Kerjasama dan input yang diberikan amat penting bagi memastikan reka bentuk perkhidmatan yang dibangunkan adalah praktikal, bersesuaian dengan keperluan operasi di lapangan, serta berupaya membantu memperkukuh aspek pemantauan dan pengurusan penyelenggaraan perangkap minyak secara lebih berkesan pada masa hadapan.

Objektif Pembangunan Smart Maintenance Tracking System – Fat, Oil and Grease Trap (SMTS-FOGT)
Konsep SMTS
Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
144
Capaian Hari Ini
274
Keseluruhan Pelawat
215577
Kemaskini Terakhir Pada: 

13 Nov 2026 - 15:44:09

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

Polisi Privasi dan Keselamatan

magnifier
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content