
Kursus ini telah diadakan pada 21 Julai 2026 dan telah dihadiri oleh 60 orang peserta. Kursus ini dianjurkan bagi memberikan pemahaman yang menyeluruh kepada peserta mengenai pelaksanaan Program Kebersihan Tandas Awam Kebangsaan, termasuk dasar, garis panduan serta hala tuju terkini yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Selain itu, kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam aspek pengurusan, penyelenggaraan, pemantauan serta penambahbaikan tahap kebersihan tandas awam mengikut standard yang telah ditetapkan.
Penganjuran kursus ini juga dapat memperkukuhkan kompetensi pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam melaksanakan penarafan bintang tandas awam secara sistematik, telus dan seragam.
Di samping itu, kursus ini turut meningkatkan kecekapan peserta dalam penggunaan Sistem MyWC sebagai platform pengurusan data, pemantauan prestasi serta penyebaran maklumat berkaitan tandas awam kepada orang ramai.

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768