
23 Julai 2026 | Grand Swiss-Belhotel, Melaka.
Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) melalui Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum telah menganjurkan Kursus Garis Panduan Pengurusan Perangkap Minyak di Premis Makanan di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2026 Siri 2 (Zon Utara) yang berlangsung pada 23 Julai 2026 bertempat di Grand Swiss-Belhotel, Melaka.
Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan teknikal mengenai Garis Panduan Pengurusan Perangkap Minyak di Premis Makanan di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-87 pada 12 Mac 2026. Garis panduan ini merangkumi aspek reka bentuk, pemasangan, prosedur operasi dan penyenggaraan, serta pengurusan sisa yang sistematik di peringkat PBT.
Peluncuran buku Garis Panduan Pengurusan Perangkap Minyak di Premis Makanan di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Ts Wan Azura binti Wan Mohd Nasir, Pengarah Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum, Jabatan Kerajaan Tempatan. Kursus ini telah mendapat penyertaan daripada pegawai Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.
Di samping itu, sesi perkongsian ilmu turut disampaikan oleh penceramah daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang berkongsi pengetahuan, pengalaman serta amalan terbaik berkaitan pencemaran air dan pengurusan air sisa. Maklumat terperinci bagi kursus ini dan slaid pembentangan boleh diperolehi daripada laman web https://sites.google.com/view/ kursusgppmsiri2
#PBTPerkasaRakyatSejahtera
#JKT
#MalaysiaMadani
#StrongerTogether
#UnityInDiversity
#DemiPertiwi



© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768