
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan Kampung Baru Tahun 2026 bertemakan "Keceriaan dan Kemeriahan Kampungku" telah diadakan di Kampung Baru Titi, Jelebu, Negeri Sembilan sempena Program Sentuhan Kasih KPKT pada 11 Julai 2026.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming. Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, YBhg. Dato' Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali, bersama-sama barisan kepimpinan KPKT, wakil agensi, Pegawai Kemajuan Perkampungan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Baru (JPKK) serta penduduk setempat.
Penyampaian hadiah ini merupakan pengiktirafan kepada usaha dan komitmen komuniti Kampung Baru dalam mewujudkan persekitaran yang bersih, indah, ceria, selamat dan lestari, di samping memupuk semangat gotong-royong serta kebersamaan dalam kalangan penduduk.
🏆 Keputusan Pertandingan Keceriaan Kampung Baru Tahun 2026
🥇 Johan
📍 Kampung Baru Titi, Daerah Jelebu, Negeri Sembilan
🥈 Naib Johan
📍 Kampung Baru Machap Baru, Daerah Alor Gajah, Melaka
🥉 Tempat Ketiga
📍 Kampung Baru Ayer Tawar, Daerah Manjung, Perak
🌟 Pemenang Saguhati
-Kampung Baru Liman Kati, Kuala Kangsar, Perak
-Kampung Baru Machap Umboo, Alor Gajah, Melaka
-Kampung Baru Mamba, Seremban, Negeri Sembilan
-Kampung Baru Simee, Kinta Tengah, Perak
-Kampung Baru Jementah, Segamat, Johor
-Kampung Baru Pasir Pinji, Kinta Selatan, Perak
-Kampung Bagan Parit Baru, Sabak Bernam, Selangor
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh komuniti Kampung Baru untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan serta mengekalkan persekitaran yang bersih, ceria, kondusif dan lestari demi kesejahteraan masyarakat.

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768