Jata Transparent

SESI KUNJUNGAN HORMAT OLEH PERSATUAN SENI JAHITAN KREATIF MALAYSIA (PSJKM) KEPADA KETUA PENGARAH JABATAN KERAJAAN TEMPATAN

Tarikh Diterbitkan: 16 Julai 2026

16 Julai 2026 (Khamis) | 10.00 pagi
Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Putrajaya

Satu sesi kunjungan hormat oleh Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM) telah diadakan bersama Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, YBhg. Dato' Mohd Fadzli bin Mohd Kenal, pada 16 Julai 2026 di Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Putrajaya. Delegasi PSJKM diketuai oleh Dato' Fully, Presiden PSJKM, bersama Puan Siew Fang.

Sesi ini bertujuan memperkenalkan peranan dan inisiatif PSJKM dalam memperkasa komuniti melalui bidang seni jahitan kreatif, di samping membincangkan potensi kerjasama strategik bersama Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), khususnya dalam pembangunan komuniti Kampung Baru.

Dalam sesi tersebut, PSJKM turut membentangkan pelaksanaan program di bawah Geran Pembangunan Sosioekonomi Kampung Baru Tahun 2026 serta berkongsi pencapaian dan perkembangan peserta program. Inisiatif tersebut memberi tumpuan kepada pemerkasaan ekonomi komuniti melalui latihan kemahiran jahitan kreatif, natural dye dan eco printing, sekali gus meningkatkan kemahiran peserta serta membuka peluang menjana pendapatan menerusi penghasilan produk kraf lestari.

Selain itu, PSJKM turut berkongsi usaha membangunkan sektor eko-pelancongan Kampung Baru melalui penghasilan produk kraf berasaskan warisan tempatan serta penganjuran bengkel komuniti yang mampu menarik penyertaan pelawat. Pelaksanaan program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Baru (JPKK), Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) dan pemimpin komuniti setempat.

Sesi kunjungan hormat ini diharapkan dapat mengukuhkan hubungan kerjasama antara JKT dan PSJKM dalam memperkasakan pembangunan sosioekonomi komuniti serta mempromosikan Kampung Baru sebagai komuniti yang berdaya saing, kreatif dan mampan.

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
144
Capaian Hari Ini
274
Keseluruhan Pelawat
215577
Kemaskini Terakhir Pada: 

13 Nov 2026 - 15:44:13

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

Polisi Privasi dan Keselamatan

magnifier
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content