10 Julai 2026 di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya.
Sesi Libat Urus Pemantapan Penyeragaman Proses dan Prosedur Kelulusan Pembangunan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersama YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara telah berjaya diadakan pada 10 Julai 2026 di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya. Program ini merupakan kerjasama strategik antara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sebagai penganjur bersama.
Susulan penganjuran Sesi Libat Urus Pemantapan Penyeragaman Proses dan Prosedur Kelulusan Pembangunan di Pihak Berkuasa Tempatan bersama YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara, KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan akan meneruskan tindakan susulan bagi memperkukuh Manual OSC 3.0 Plus dan Sistem OSC 3.0 Plus Online. Langkah ini seterusnya dapat meningkatkan kecekapan, ketelusan, dan keseragaman sistem penyampaian kelulusan pembangunan di seluruh negara selaras dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA).
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Putrajaya Julai 2026

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT)
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768