Jata Transparent

Bengkel Pembangunan Pelan Tindakan Pemantapan dan Penyeragaman Proses Kelulusan Pembangunan di PBT

Tarikh Diterbitkan: 11 Ogos 2026
Bengkel Pembangunan Pelan Tindakan Pemantapan dan Penyeragaman Proses Kelulusan Pembangunan di PBT

Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) bersama Malaysia Productivity Corporation (MPC) telah mengadakan sesi perbincangan dan bengkel pada 7 dan 8 Ogos 2026 bertempat di PULSE GRANDE Hotel, Putrajaya, bagi membincangkan isu serta hala tuju penambahbaikan proses kelulusan pembangunan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada usaha memperkemas dan mempercepatkan proses kelulusan pembangunan melalui pendekatan yang lebih cekap, bersepadu, responsif dan berorientasikan hasil, selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk mengurangkan kerenah birokrasi serta meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan (Ease of Doing Business).

Sesi ini turut membincangkan beberapa isu dan cabaran dalam pelaksanaan proses sedia ada, termasuk aspek penyeragaman prosedur, keperluan memperkukuh peranan agensi teknikal, kesiapsiagaan sumber manusia dan kepakaran, penyelarasan keperluan ulasan teknikal serta pendigitalan proses kelulusan.

Selain mengenal pasti ruang penambahbaikan, perbincangan turut meneliti hala tuju dan pendekatan intervensi yang boleh dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan penambahbaikan proses kelulusan pembangunan dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan yang lebih konsisten di peringkat PBT dan agensi teknikal.

Kerjasama strategik antara JKT dan MPC ini diharapkan dapat menghasilkan cadangan penambahbaikan yang praktikal, berimpak dan boleh dilaksanakan, seterusnya menyokong usaha Kerajaan dalam mewujudkan ekosistem kelulusan pembangunan yang lebih pantas, telus dan efisien tanpa menjejaskan aspek kawal selia serta kepentingan awam.

Jata Transparent

JABATAN KERAJAAN
TEMPATAN

Aras 26-29, No. 51, Persiaran Perdana, 
Presint 4, 62100 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Pelawat Hari Ini
131
Capaian Hari Ini
235
Keseluruhan Pelawat
215564
Kemaskini Terakhir Pada: 

13 Nov 2026 - 15:26:32

© Hakcipta terpelihara 2024, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT KPKT) 
PENAFIAN: JKT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

Polisi Privasi dan Keselamatan

magnifier
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram Skip to content